January 4, 2011

::> Apa itu Program Kehamilan Biodex?


Produk Biodex merupakan kombinasi herba seperti manjakani, kacip fatimah, madu serta digabungkan dengan bahan lain seperti klorofil, spirulina, bijirin, perubatan sinseh, ayurveda dan perubatan Islam. Formula tersebut dibuat dalam bentuk pemakanan dan minuman, perlu diambil setiap hari.

Rangkaian produk PKB terbukti berkesan untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, menstabilkan hormon, menguatkan rahim serta dan menurunkan berat badan. Produk bagi Program Kehamilan Biodex (PKB) ini perlu diambil dengan cara yang betul mengikut masalah anda hadapi. Lain orang lain punca masalah dan ada cara pengambilannya. Pastikan anda membeli dari Stokist yang boleh memberikan khidmatrunding untuk memastikan wang yang anda keluarkan tidak sia-sia tanpa nasihat yang betul.

Syikin sendiri telah menghadiri Seminar PKB yang dianjurkan oleh pihak Biodex dan telah pelajari cara penggunaan PKB yang betul dan Insya Allah akan memberikan panduan pada customer yang membeli dari Syikin.


Sedikit Info tentang masalah mendapat zuriat..
Untuk pada yg telah berumahtangga lebih dari setahun dan masih gagal mendapat zuriat, saya cadangkan anda membuat pemeriksaan dari pakar sakit puan untuk memastikan tahap kesuburan dan mengenalpasti punca anda belum hamil. Setelah masalah anda dikenalpasti, baru kita boleh cadangkan produk yg sesuai.



Kenapa saya mampu untuk consult tentang PKB? Saya tak pernah belajar tentang perubatan.. doktor? lagi le jauh sgt bidang tu dgn saya.. tapi saya tau tentang masalah kesuburan dan saya sgt sgt memahami perasaan mereka yg sukar dapat zuriat.. nak tau kenapa? kerana saya juga insan yang Allah pilih utk melalui kesukaran untuk mendapat zuriat.. berkahwin pada tahun 2000 dan dikurniakan zuriat pada tahun 2004.. dalam masa 4 tahun macam-macam ikhtiar yg saya telah lakukan.. cara tradisional dan moden semua saya cuba.. duit? takyah cakap la.. beribu ringgit dah habis.. saya memahami tekanan yang diterima dari mulut mulut yg takde insurans.. sampai tahap kalau ada kawan yg bersalin saya tak minat nak pergi sebab rasa pedih di sudut hati..

Sesungguhnya ujian Allah tu ada hikmahnya.. kini saya mampu memahami perasaan mereka yg sukar dapatkan zuriat dan dengan kombinasi produk Program Kehamilan Biodex, saya mampu advise apa yg terbaik untuk anda.. dalam masa yg sama customer juga digalakkan mendapatkan khidmat dari pakar sakit puan..

Hasil dari khidmatrunding saya, beberapa testimoni customer yg telah berjaya hamil dan telah mendapat cahayamata.. saya yakin inilah rezeki yang Allah nak berikan hasil dari kesukaran mendapat zuriat yg pernah saya alami satu masa dulu..

Apa yang penting, jgn STRESS!! kengkadang Allah tak bagi kita zuriat kerana kita belum layak bergelar ibu.. bukan sikit saya terima email yang marah-marah dan kurang tahap kesabaran.. menjadi ibu bukan kerja yg mudah.. kesabaran yang tinggi sangat dituntut utk membesarkan zuriat yang diamanahkan.. oleh yg demikian, jom kita muhasabah diri dan mohon dari Allah yang maha menguasai langit dan bumi..

Untuk Program Kehamilan Biodex ni, saya sendiri dah hadiri Seminar yang syarikat anjurkan.. dan saya faham sepenuhnya fungsi setiap produk.. Herba yang terdapat dalam Program Kehamilan Biodex itu ialah manjakani, kacip fatimah, madu dan sebagainya serta digabungkan dengan bahan lain seperti klorofil, spirulina, bijirin, perubatan sinseh, ayurveda dan perubatan Islam. Formula tersebut dibuat dalam bentuk pemakanan dan minuman serta perlu diambil hari-hari.

Untuk pada yg telah berumahtanggan lebih dari setahun dan masih gagal mendapat zuriat, saya cadangkan anda membuat pemeriksaan dari pakar sakit puan, untuk memastikan tahap kesuburan, dan mengenalpasti punca anda belum hamil.

Setelah masalah anda dikenalpasti, baru kita boleh cadangkan produk yg sesuai.



Mengapa perlu membeli dari Perunding yang berpengetahuan dan berpengalaman? Ianya utk elakkan anda mengalami masalah seperti berikut :-






pregnant womenMASALAH SUKAR DAPATKAN ZURIAT.

Definisi Ketidaksuburan:

Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.


Untuk Hamil :-

1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
2. telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.

5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.


Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti.

Penyebab Ketidaksuburan:

1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.



Penyebab lain :

1. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.



TIPS-TIPS DAN INFO UNTUK ANDA YG INGIN HAMIL

1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan.
2. Produk Program Kehamilan Biodex perlu diambil berterusan. Sekiranya anda ambil tanpa disiplin,mengakibatkan produk tak berkesan kerana badan anda sudah immune dgn produk tersebut.
3. Pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6 bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak rahim
4. Niat dan focus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress ketika mengambil PKB.
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.



Bantu wanita untuk hamil

Oleh MERAN ABU BAKAR

Siti Murni menunjukkan pelbagai produk yang dihasilkan daripada formula sendiri.

RENDAH diri, hampa, kecewa, marah, sedih, malu, berputus asa, semua perasaan ini bercampur-baur dalam diri suami atau isteri yang tidak dikurniakan cahaya mata.
Hanya mereka yang berhadapan dengan masalah ini faham dengan apa yang dimaksudkan.


Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat. Berjumpa doktor, bidan, bomoh, berpantang itu dan ini, makan ubat kampung dan sebagainya, namun semuanya masih belum mendapatkan hasil. Pantang mendengar sahaja ada orang yang pandai mengubati wanita yang sukar hamil pasti akan dicari hingga dapat.


Namun jika segala usaha telah dilakukan tetapi masih tiada tanda akan mendapat anak, jalan terakhir ialah bertawakal kepada Allah.


Bagaimanapun bagi pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata, mungkin boleh mencuba rangkaian pemakanan Biodex yang dihasilkan khusus bagi membantu wanita yang sukar hamil.


Segalanya bermula daripada pengalaman yang dialami sendiri oleh Pengarah Urusan B-Dex Beauty Centre Sdn. Bhd., Siti Murni Yusof, 43.


Bercerita mengenai pengalamannya itu, ibu kepada empat orang anak berumur di antara 20 tahun hingga empat tahun ini berkata, beliau pernah mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak, hormon tidak seimbang dan haid tidak menentu selepas melahirkan anak ketiganya.


‘‘Waktu itu, umur saya baru 28 tahun dan berat badan telah mencapai 70 kilogram. Beberapa tahun selepas itu saya teringin menimang cahaya mata lagi tapi berasa sukar hamil walaupun sebelum itu saya tidak menghadapi apa-apa masalah,’’ kata Siti Murni semasa ditemui di Sentul Raya Boulevard.


Siti Murni menambah, kesukaran itu mungkin juga disebabkan oleh berat badannya. Beliau kemudian mencipta satu formula yang menggunakan herba dengan tunjuk ajar neneknya yang merupakan seorang bidan yang cukup dikenali di kampungnya.
Formula tersebut ternyata berkesan dan berat badannya menurun sebanyak 17 kilogram dalam tempoh dua bulan. Di samping itu, beliau turut mengawal pemakanan dan mengelakkan makanan yang berminyak dan berkarbohidrat.


‘‘Walaupun saya telah mencapai berat badan ideal namun saya masih belum hamil. Saya kemudian mencipta formula untuk menstabilkan hormon serta menguatkan rahim.


‘‘Nenek banyak membantu mengenai ilmu rempah ratus dan kaedah tradisional itu saya gabungkan dengan kaedah moden sesuai bagi wanita yang sukar hamil,’’ ujar wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang ini.


Menurutnya, di antara herba yang terdapat dalam formulanya itu ialah manjakani, kacip fatimah, madu dan sebagainya serta digabungkan dengan bahan lain seperti klorofil, spirulina, bijirin, perubatan sinseh, ayurveda dan perubatan Islam.
Formula tersebut dibuat dalam bentuk pemakanan dan minuman serta perlu diambil hari-hari.


Katanya, tanpa disangka selepas lapan bulan mengamalkan formula tersebut, beliau disahkan hamil pada usia 40 tahun, iaitu jarak selama 12 tahun dari anak ketiganya.
Daripada keberkesanan formula tersebut, Siti Murni ingin membantu wanita lain yang pernah menghadapi masalah sepertinya.


‘‘Pada asalnya Biodex dihasilkan untuk penyelesaian sendiri tetapi melihatkan keberkesanannya, apa salahnya saya berkongsi dengan wanita lain. Lagipun formula dua dalam satu ini, pelangsingan dan ingin hamil selamat kerana saya sendiri sudah mencubanya,’’ jelasnya lagi.


Beliau berkata, kini produk pelangsingan sudah tujuh tahun berada di pasaran sementara produk bagi wanita yang sukar hamil sudah empat tahun.
Daripada respons yang diterimanya, ramai wanita yang berjaya hamil setelah mengambil produk rangkaian pemakanan Biodex. Ada yang telah 16 tahun mendirikan rumahtangga dan tidak memiliki anak kini sudah mempunyai cahaya mata sendiri. Malah lebih mengkagumkan kerana beberapa pengguna dikurniakan anak kembar.
Selain itu, katanya, rangkaian pemakanan Biodex sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah fibroid, ketumbuhan, haid tidak menentu dan hormon tidak seimbang.


‘‘Wanita yang hanya mempunyai sebelah ovari, tersumbat, sempit, telur tidak matang, terlalu kecil atau lemah boleh mengamalkan pengambilan Biodex. Begitu juga dengan remaja yang menghadapi masalah senggugut.


‘‘Wanita yang berbadan gempal dan akan berkahwin elok mengambil Biodex bagi tujuan pelangsingan, melancarkan perjalanan darah, menstabilkan hormon dan menguatkan rahim sebagai persediaan ke arah kehamilan,’’ jelasnya.


Di samping itu, beliau turut mengeluarkan produk bio selusuh bagi membantu wanita agar mudah bersalin. Produk yang berupa minuman dan dibuat daripada minyak kelapa dara, habbatus sauda serta herba terpilih ini elok diambil semasa kandungan berumur tujuh bulan ke atas.


Wanita yang di dalam pantang turut dinasihatkan mengambil susu Biodex bagi mengelakkan bayi daripada mengalami demam kuning selain membantu menambah susu ibu dan mengawal berat badan.


Produk ini turut sesuai bagi mereka yang mengalami tekanan darah rendah, migraine, susah tidur, asma, angin dan stres.